Tentang Kami

Kempen Tiada.Guru bermula pada tahun 2018. Kempen kami bermula di Sabah dan adalah kempen akar umbi terdiri daripada pemberi maklumat guru, ibu bapa, murid, dan kumpulan aktivis. Kami menyokong kes litigasi Mahkamah Tinggi oleh empat pelajar vs guru ponteng, pengetuanya, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kempen ini tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, ahli politik, ataupun calon politik.

Kempen ini tiada niat lain kecuali membangkitkan rakyat demi pendidikan bersih agar tiada lagi murid dan guru menjadi mangsa. Kempen Tiada.Guru mempunyai tiga fokus yang mengutamakan keadilan dan pendedahan salah laku:

Fokus #1

Memastikan keadilan yang bebas, telus, dan pantas dalam dua-dua tuntutan sivil Mahkamah Tinggi melalui sokongan berterusan akar umbi yang dibina dengan pemahaman sebenar tentang konteks ini: 1) Negeri Sabah, 2) proses litigasi, 3) Kementerian Pendidikan Malaysia, dan 4) institusi yang sepatutnya menyiasat KPM.

Fokus #2

Memastikan semua tuduhan jenayah yang dilakukan oleh pegawai KPM dalam dua-dua kes ini disiasat dan jika didapati bersalah, mesti diadili sepenuhnya—tidak ada dua darjat kepada penjawat awam berjawatan tinggi.

Fokus #3

Memastikan suara mangsa-mangsa yang terdiri daripada pelajar, pemberi maklumat, dan akar umbi mengatasi propaganda ahli politik dan semua agensi penguatkuasaan di bawah bidang Eksekutif.

Untuk lebih lanjut, sila baca kenyataan pelancaran kempen Tiada.Guru.

Pelancaran Kempen Tiada.Guru: Malaysia Bangkit untuk Pendidikan Bersih — Tiada.Guru
Tiada.Guru Memperkenalkan Kempen Keadilan bagi Perayu (Plaintif) Berusia 21 Tahun Yang Telah 3x Memenangi Kes Terhadap Kerajaan Persekutuan di Mahkamah Tinggi

Pada Oktober 2018, kempen kami dapat nama "Tiada.Guru" apabila Siti Nafirah binti Siman, seorang remaja 18 tahun dari Kota Belud Sabah, memfailkan kes litigasi awam di Mahkamah Tinggi Sabah dengan saman terhadap tujuh Defendan bermula daripada guru terbabit sehingga Kerajaan Malaysia. Kenyataan tuntutan saman tersebut memperincikan kes guru tidak masuk kelas mengajar selama tujuh bulan pada tahun 2015. Kes ini dipercayai telah disembunyikan sendiri oleh Kementerian Pendidikan Malaysia biarpun pelbagai aduan dan laporan telah dikemukakan, mengikut Tuntutan Tuntutan Mahkamah Tinggi.

Kes-kes Mahkamah Tinggi — Tiada.Guru
Baca artikel oleh wartawan Malaysia dan antarabangsa yang terkemuka sambil mereka membongkar kes kepentingan awam Mahkamah Tinggi Siti Nafirah 18 tahun terhadap ketidakhadiran guru ponteng. Inilah masa keadilan.

Pada Disember 2020, tiga lagi gadis Kota Belud daripada sekolah yang sama—Rusiah binti Sabdarin, Natasha Allisya binti Hamali, dan Calvina binti Angayung—menjadi Plaintif 2020 dengan kes saman ke-dua terhadap pihak yang sama atas tuntutuan yang hampir sama. Satu-satunya perbezaan? Guru yang sama didakwa tidak hadir berbulan-bulan lagi pada 2017—dua tahun selepas kes Siti Nafirah pada 2015!

Siti Nafirah (Plaintif 2018), Natasha (Plaintif 2020), Calvina (Plaintif 2020), dan Rusiah (Plaintif 2020) tidak menoleh ke belakang lagi. Sertai kami dalam perjuangan berliku menuntut keadilan dalam pendidikan.

Kempen dalam Berita

Artikel, Temuduga, atau Program oleh Kempen Tiada.Guru

‘Kids not guinea pigs’: don’t cover up corruption in education system, say activists
Tiada.Guru campaign backers say whistle-blowers who speak up on wrongdoing should be given protection
‘Play active roles in ending ‘corruption’ in education system’ | New Straits Times
KOTA KINABALU: People need to speak up and show their solidarity with whistleblowers to end the corrupt practices in the education sector.
Group calls for independent probe on Education Ministry’s alleged negligence
This is after the ministry failed to file its defence in a lawsuit, 155 days and counting.
‘Tiada Guru’ aims to shatter silence, impunity around Sabah’s truant teachers
Students, parents and teachers launch campaign to pressure Putrajaya to address extreme teacher absenteeism.
Absent teachers a necessary conversation - Aliran
A study by Khazanah Research Institute found that despite going to school for an average of 12 years, Malaysian students receive only nine years worth of meaningful education. Does the problem of extreme teacher absenteeism contribute to this? Astro Awani’s Melisa Idris and Sharaad Kuttan speak to c…
This Petition Wants Criminal Action To Be Taken Against The UM Lecturer Accused Of Sexual Assault
Recently, the police dropped their case against a lecturer from the University of Malaya (UM) who allegedly sexually harassed a female student last year. The victim received a notice from authorities which stated that due to the lack of other witnesses and conclusive testimony, they would not be pre…
Petition Seeks Criminal Action Against UM Lecturer After Sexual Harassment Case Dropped
It demands that the police case against the associate professor must be re-opened immediately.
Kes guru yang ponteng sepanjang tahun, ini perkembangan terkini kes saman terhadapnya
Nafirah Siman, bekas pelajar tingkatan 4 yang pernah tular pada 2018 kerana tindakannya saman guru masih lagi berjuang untuk isu ini.

📷
Senarai Atribusi Imej

Photo by Traworld Official on Unsplash
Photo by Andy Wang on Unsplash
Photo by Nicole on Unsplash
Photo by ManIllnath on Unsplash
Photo by sheryl on Unsplash
Photo by Jeremy Bezanger on Unsplash
Photo by Kaven Ong on Unsplash
Photo by Bobbi Wu on Unsplash
Photo by Edmund Lou on Unsplash
Photo by Calvin Dee Jenuil on Unsplash
Photo by Amanda Lim on Unsplash
Photo by Muhaimin Mohd on Unsplash