Masalah & Penyelesaian

Ombudsman Awam luar untuk semua penjawat awam & ahli politik

"Mereka boleh berbuat sesuka hati kerana tiada sesiapa yang memantau. Itulah sebabnya berlaku sikap ini."

Kempen Tiada.Guru
3 Feb 2022

Kenapa sekarang?

Sebarang bentuk kebergantungan pada penyiasatan dalaman adalah satu resipi bencana reformasi. Penjawat awam yang amanah, seperti guru, amat-amat menantikan pengawasan bebas.  Nemo judex in causa sua erupakan prinsip utama keadilan asasi: tiada yang boleh menjadi hakim dalam sesuatu perkara jika mereka mempunyai kepentingan.

Kegagalan tadbir urus Malaysia ini perlu disingkirkan sepenuhnya dan dihumban ke dalam lubang sejarah.

Isu

Semua salah laku perkhidmatan awam, termasuk yang berkaitan dengan jenayah, menggunakan proses lima langkah: 1) khususnya laporan dalaman, 2) siasatan dalaman, 3) prosiding tatatertib oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, dan 4) pengawasan oleh SPRM, polis dan/atau Mahkamah, bagi mengelakkan suapandan/atau perlindungan; dan sekiranya gagal dalam keempat-empat langkah ini, Kabinet akan menetapkan semak dan imbang melalui kuasa berkanunnya untuk memastikan keadilan asasi.

Dalam pemerintahan Malaysia hari ini, semua program pembasmian rasuah telah sama sekali—seperti yang diramal—gagal. Begitu juga, ahli politik “reformasi” enggan merombak dasar Kerajaan meskipun pernah mendapat mandat kuasa Eksekutif sebelum ini. Walaupun Perdana Menteri kita sering membangkitkan bahawa semua Kementerian sangat teruk dikompromi, mereka tidak menunjukkan sebarang desakan untuk melakukan pembaharuan.

Badan Eksekutif Malaysia telah secara konsisten merosakkan, mencampur tangan, dan/atau menyekat tindakan berikut untuk dilakukan secara bebas, menyeluruh dan wajar…

Kerajaan telah memecat dan/atau mendesak untuk meletak jawatan ramai wakil rakyat politik terkemuka dan penjawat awam, termasuk Peguam Negara, Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri, dan Ketua Pesuruhjaya SPRM; begitu juga, ramai kakitangan awam telah diugut dan ditakut-takutkan.

Sebagai pemberi maklumat Kementerian Pendidikan (KPM), kami dapat menjamin bahawa banyak skandal 1MDB mini yang tersembunyi dalam segenap perkhidmatan awam akan mengejutkan negara ini: sudah cukup jenayah yang tidak disiasat dan tidak dilaporkan telah dilakukan untuk menghumban beratus-ratus pegawai awam kanan di Mahkamah atau di dalam penjara. Pelbagai kes sebegitu telahdidedahkan dengan sejarah selama berpuluh-puluh tahun.

Penyelesaian

Disebabkan pemberi maklumat MOE berulang kali berteriak dari atas bumbung, penyiasatan dalaman tidak lagi boleh diperbaharui. Tadbir urus Malaysia memerlukan rombakan semula: sebuah Ombudsman Awam (PO) dengan bidang kuasa disiplin, sivil dan jenayah yang bebas sepenuhnya daripada semua penjawat awam dan ahli politik.

Hari ini, kita perlu memperjuangkan bukan setakat penubuhan IPCMC: ini bukan hanya satu Kementerian, Agensi atau ahli politik, tetapi penubuhan satu Struktur Integriti yang bertauliah dan teguh untuk seluruh Kerajaan di bawah naungan PO yang kemudian akan diberikan kuasa untuk:

  1. Menjadi pusat utama bagi semua dakwaan salah laku dan rasuah terhadap ahli politik dan penjawat awam, dengan itu memansuhkan secara kekal semua jabatan “siasatan” dan “integriti” dalaman Kementerian dan Agensi, dibubarkan dan mati dalam semua fungsi.
  2. Menjadi pusat utama bagi semua perlindungan pemberi maklumat.
  3. Ditadbir oleh pakar-pakar bukan kerajaan yang bergilir-gilir dan diatur melalui tugas-tugas berkanun mengenai hak asasi manusia, keadilan dan ketelusan. Pakar-pakar ini akan direkrut secara dalaman daripada bidang perundangan, kesihatan, akademik dan masyarakat sivil, dengan penggiliran selama tiga tahu. Pegawai pelantikan terhad PO ini harus dicalonkan oleh Parlimen, sama seperti Anggota Kabinet di Amerika Syarikat (dan tidak seperti Anggota Suruhanjaya SUHAKAM yang “dicadangkan” oleh Perdana Menteri).
  4. Dipertanggungjawabkan kepada Parlimen sahaja untuk laporan bulanan dan audit integriti dan kewangan bukan kerajaan secara berkala.
  5. Serapkan SUHAKAM dengan serta-merta dan bangunkan semula SPRM 2.0 sambil menyingkirkan campur tangan politik dan membubarkan agensi yang berlebihan.
  6. Kalis daripada Badan Perundangan & Eksekutif: menerusi pembiayaan terjamin dalam bentuk % langsung daripada Belanjawan tahunan, catatan audit sebelumnya dan pembatalan kelayakan kekal untuk semua bekas dan pegawai awam + ahli politik semasa sebagai pentadbir dan pegawai.
  7. Tubuhkan sebuah Unit Litigasi Kepentingan Awam: di negara-negara lain, POs kerap memfailkan prosiding sivil terhadap salah laku Kerajaan bagi pihak rakyat yang terkilan, kunci untuk salah laku bukan jenayah, misalnya, Ain Husniza lwn. MOE atau Indira Gandhi lwn. IGP.

PO ini mestilah menjadi pejuang utama dalam menentang salah laku dan penyelewengan berinstitusi dalam badan Eksekutif, Perundangan, and Kehakiman. Contoh-contoh positif negara lain boleh didapati di Laporan Pemantauan Pendidikan Global UNESCO 2017/8 (halaman xiiii).