Masalah & Penyelesaian

Audit luar pihak ketiga ke atas kewangan KPM

Satu juta saat adalah 12 hari. Satu bilion saat adalah 31 tahun.

Kempen Tiada.Guru
3 Feb 2022

Kenapa sekarang?

Sudah tiba masanya Kementerian dengan belanjawan tertinggi membuka bukunya supaya dunia dapat melihat ke mana perginya bilion kita.

Isu

Meskipun beberapa Kementerian mempunyai skandal berbilion ringgit, Kementerian Pendidikan secara konsisten menerima antara belanjawan tertinggi dengan kualiti kadang kala yang paling teruk, sewenang-wenangnya menelan hampir RM60 bilion setiap tahun. Perkara yang sangat mengejutkan adalah bahawa tiada audit bebas, 100% awam, teliti, dan bukan kerajaan pernah dilakukan di KPM saban bertahun-tahun, itupun jika pernah ada.

Oleh kerana KPM ialah badan berkanun terakhir dengan dana kerajaan, ia mempunyai liabiliti terbesar dalam 1) mengeluarkan dana dan 2) memantau agensi yang dikontrak berdasarkan peraturan-peraturan Kementerian Kewangan.

SPRM telah menyebut KPM sebagai Kementerian yang berisiko tinggi untuk melakukan penyelewengan. Dan kita telah melihatnya berulang-ulang kali: skandal YTL, skandal solar di Sarawak, kelewatan komputer riba COVID-19 "percuma", skandal Unit Integriti, skandal Unit Integriti Bahagian II, pempolitikan terang-terangan, skandal kontraktor kantin Sabah, skandal biasiswa Melaka, dan penyelewengan sistemik sekolah di Sabah.

Berbilion-bilion ringgit barangkali tidak dihitung, disalahgunakan dan/atau dicuri.

Belanjawan bergabung MOE + MOHE, seperti peruntukan:

Tahun Peruntukan
2010 RM30 bilion
2011 RM40 bilion
2012 RM51 bilion
2013 RM38 bilion
2014 RM55 bilion
2015 RM56 bilion
2016 RM54 bilion
2017 RM57 bilion
2018 RM59 bilion
2019 RM60 bilion
2020 RM59 bilion
2021 RM62 bilion

Penyelesaian

Perkhidmatan firma audit luar dengan reputasi integriti, ketelusan dan keberkesanan harus digunakan untuk mengaudit hampir ⅔ trilion ringgit yang telah disalurkan ke dalam Kementerian Pendidikan antara 2010 dan 2021.

Ia perlu diberikan kuasa sepina dan akses penuh kepada semua dokumen Kementerian, hinggalah kuasa melakukan serbuan. Ia mesti diberikan akses kepada unit penyiasatan polis dan SPRM (atau, pada masa akan datang, Ombudsman Awam). Ia mesti dikendalikan oleh akauntan forensik dan Certified Fraud Examiners (CFE) yang berpengalaman dalam pendidikan, perkhidmatan awam Malaysia, forensik komputer dan persiapan untuk proses pengadilan (baik sivil atau jenayah).

Bidang sasaran harus merangkumi kerosakan ekonomi (tort, pelanggaran kontrak), penipuan kontrak, pengubahan wang haram dan penyelewengan aset, peniruan / pemalsuan rekod, pembekal palsu, penipuan gaji, kecurian atau penyalahgunaan data, penipuan pembayaran ganti, kecurian atau penyalahgunaan perkhidmatan, aset atau keistimewaan, penipuan perolehan, penetapan harga, tender rahsia ketika tender terbuka diwajibkan, penipuan bayaran balik GST, penggelapan wang / larseni, sogokan, penggantian produk, skim shell company dan/atau mekanisme lain untuk memperdayakan agensi pengawasan negara.