Masalah & Penyelesaian

Vikarius liabiliti yang boleh diadili dalam Perkhidmatan Awam

Jika membesarkan seorang anak memerlukan usaha sekampung, menzalimi seorang anak juga sama.

Kempen Tiada.Guru
3 Feb 2022

Kenapa sekarang?

Kita mesti mengecam punca-punca akar salah laku; di sini, tanggungjawab kolektif yang amat lemah mengenai salah laku. Punca ini menjadi pemangkin yang membenarkan salah laku dan/atau penyelewengan signifikan yang berlanjutan selama bertahun-tahun.

Isu

Selalunya, apabila seorang guru pedofilia mencabul atau menyerang pelajar secara seksual, pegawai atasan dalam pentadbiran sekolah jarang dipertanggungjawabkan, jarang dipertanggungjawabkan meskipun kegagalan untuk melaporkan salah laku itu sendiri merupakan satu salah laku yang serius.

Bagaimana pengetua yang kompeten “tidak tahu” bahawa pedofilia dan serangan seksual merupakan kejadian biasa di sekolah mereka sendiri? Ini adalah buta sengaja, satu taktik psikososial apabila kejadian salah laku yang jelas sengaja dielakkan untuk memastikan pegawai tersebut boleh menafikan tanggungjawab (plausible deniability) sekiranya kes seperti itu terdedah. Pendek kata, menutup salah laku menjadikan hidup mereka lebih mudah, tidak kira apa pun SOP atau undang-undang.

Penyelesaian

Sekiranya seorang penjawat awam dituduh melakukan kesalahan, Ombudsman Awam mesti diberi kuasa untuk memulakan siasatan terhadap pegawai atasan dan/atau rakan sejawat mereka dalam kes di mana kecuaian yang menyebabkan tiada tindakan diambil.

Siasatan khusus ini mesti dilaksanakan secara bebas oleh Ombudsman Awam, bukan oleh jabatan tatatertib dalaman. Siasatan ini mestilah, sebagai hukuman minimum, mengakibatkan penurunan pangkat pegawai: amaran dan notis telah terbukti sebagai hukuman yang lemah dan tidak berkesan untuk kebanyakan salah laku yang serius.

Sesetengah orang mungkin berpendapat bahawa kita cuma perlu “mengajar” pegawai yang membuat silap supaya menjadi lebih tekun. Salah: pelajaran terbesar adalah melalui contoh dan mana-mana guru sedia maklum mengetahuinya. Anak-anak akan memahami tanggungjawab vikarius apabila mereka melihatnya dilaksanakan, bukan ketika orang yang berkuasa menjadi buah mulut menggunakan bahasa reformasi tetapi tanpa keyakinan untuk melaksanakannya.