Masalah & Penyelesaian

Perlindungan luar + lebih kukuh + lebih meluas untuk semua pemberi maklumat

Jika ia boleh dimusnahkan oleh kebenaran, ia layak dimusnahkan oleh kebenaran.

Kempen Tiada.Guru
2 Feb 2022

Apa itu pemberi maklumat? Pemberi maklumat adalah saksi. Itu sahaja: saksi tentang organisasi mereka sendiri.

Kenapa sekarang?

Untuk menggunakan sekolah sebagai mikrokosma di Malaysia; hanya setelah guru, pelajar, kakitangan dan ibu bapa semuanya dilindungi secara sah sebagai pemberi maklumat, barulah tahap kerosakan yang sebenar akan didedahkan.

Salah laku mesti diterima oleh semua orang sebagai pelanggaran undang-undang yang serius dan tidak dipropaganda dengan istilah-istilah seperti “isu”, “aduan”, “perkara dalaman” dan / atau “masalah”.

Isu

Perkhidmatan awam tidak terasa dilindungi oleh SPRM mahupun jabatan dalaman mereka untuk melaporkan penyelewengan.

Sebagai pemberi maklumat Kementerian Pendidikan (KPM), kami boleh berkongsi penyelewengan mendalam dan meluas dalam KPM, namun kegagalan yang sama berlaku dalam segenap perkhidmatan awam: sebagai contoh, lebih 60% guru tidak berasa selamat untuk melaporkan penyelewengan atau salah laku. Dalam 11 tahun, SPRM hanya pernah mengemukakan satu tuduhan menerusi Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

Hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) mengawal lebih 419,000 penjawat awam, sebahagian besarnya terdiri daripada guru. Dalam kebanyakan kes penderaan / kecuaian / salah laku yang terjadi di sekolah, guru & pelajar merupakan saksi utama and selalunya sudah peka tentang pelanggaran SOP & undang-undang lama KPM. Sekiranya guru membuka mulut—seperti yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 dan/atau Akta SPRM 2009 — pemberi maklumat guru ini akan diugut, didesak dan diganggu. Bagaimana? Kerana pegawai atasan mereka menerima laporan pemberian maklumat mereka: pegawai atasan yang sama mempunyai kawalan penuh ke atas pemberi maklumat pemindahan, tindakan disiplin, malah pembuangan.

Hari ini, siasatan tatatertib dalaman tidak menyediakan sebarang bentuk perlindungan pemberi maklumat yang sah, mengingatkan Abu Kassim Mohamad (Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah); ramai saksi yang telah diberikan amaran oleh penjawat awam atasan yang korup supaya tidak membantu dalam perbicaraan jenayah / sivil.

Menurut tinjauan pemberi maklumat dalaman kami yang meliputi lebih satu dekad pengalaman bergabung KPM (dan disahihkan oleh laporan pelajar), beratus-ratus siasatan salah laku telah ditutup kerana KPM mendakwa “tiada bukti terhadap guru, jadi kami tidak dapat mengambil tindakan” walhal sebenarnya pegawai KPM yang korup telah mengugut saksi and memalsukan bukti.

Penyelesaian

Perlindungan pemberi maklumat mesti diperkukuhkan dan diperluaskan dengan ketara. Pemberi maklumat mesti:

  1. diberikan perlindungan secara bebas oleh Ombudsman Awam, SUHAKAM, dan agensi lain yang serupa (tidak banyak wujud);
  2. dibenarkan untuk menghantar laporan pemberi maklumat dan bukti secara sulit dan hanya dikehendaki untuk mendedahkan diri mereka (jika perlu) semasa prosiding formal tatatertib, sivil atau jenayah;
  3. dibenarkan untuk berunding dengan peguam tanpa sekatan dalam struktur Ombudsman dan sumber perundangan luar tanpa dikenakan penalti terhadap perlindungan mereka;
  4. diberikan perlindungan tanpa sebarang sekatan daripada perundangan lain (mis. OSA, Akta Hasutan, Kanun Keseksaan 203A), motif atau jenis pendedahan;
  5. diberikan insentif dengan pampasan wang (dan untuk kakitangan / guru: markah Sasaran Kerja Tahunan + peluang kenaikan pangkat);
  6. jika mangsa adalah kanak-kanak bawah umur (atau kategori terlindung lain termasuk OKU, orang asli, migran, miskin tegar/B40), semua kerosakan/ganjaran akan dihadiahkan tiga kali ganda secara automatik untuk setimpal dengan ketidakseimbangan kuasa yang ketara dan kerosakan kekal;
  7. sekiranya tuduhan jenayah yang dilaporkan oleh pemberi maklumat bersifat keji, ganas, seksual atau berleluasa, semua kerosakan / pampasan akan dihadiahkan tiga kali ganda secara automatik;
  8. jika pemberi maklumat merupakan penjawat awam, mereka akan diberikan perlindungan secara automatik jika mereka memberi keterangan dalam apa-apa prosiding mahkamah, jenayah dan / atau tatatertib terhadap tuduhan salah laku, penyelewengan dan / atau penyalahgunaan kuasa.